MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AGAMA PERINGKAT NEGERI JOHOR PADA 8 JUN 2010 JAM 9.00 PAGI DI DEWAN JUBLI INTAN KOTA TINGGI-Harap maklum

INFO KKGUMBCJ

ROAD SHOW KKGUMB BERSAMA KPP KE SETIAP DAERAH NEGERI JOHOR,PENERANGAN TERKINI SERTA PERJUANGAN KESATUAN KEPADA AHLI-AHLI ...1.DAERAH KLUANG : AHAD 12.7.2009 JAM 9.00 PAGI DI PKGA KLUANG.2. DAERAH SEGAMAT 18.7.2009 JAM 9.00 PAGI DI PERTUBUHAN ANAK2 YATIM,GEMERIH,SEGAMAT.3.DAERAH KOTA TINGGI, AHAD 9.8.2009 JAM 9.00 PAGI DI DEWAN SEK.AGAMA TMN.KOTA JAYA,KOTA TINGGI.4.DAERAH BATU PAHAT.SEK.AGAMA KG.KENANGAN DATO' ONN,BATU PAHAT.AHAD 16 OGOS. 9.00 PAGI.. DAERAH PONTIAN, AHAD 15.11.2009, SEK.AGAMA PARIT SEMERAH....AJK DAN SEMUA GURU DIJEMPUT HADIR

21 Jun 2009







LOGO KKGUMB (Cawangan Johor)






SENARAI JAWATANKUASA KKGUMB (CAWANGAN JOHOR) 2009-2010






Senarai Pegawai dan Ahli Jawatankuasa


Presiden -Ustaz Samsudin bin Samudi
Naib Presiden- Ustaz Hj.Salim bin Mohamed
Setiausaha -Ustaz Abd.Rashid bin Sayani
Penolong Setiausaha -Ustaz Faizal bin Yunus
Bendahari- Ustaz Suhaimi bin Mat.Jais

AHLI JAWATANKUASA:

Ustaz Hj.Sabudin bin Mohd.Nor - Segamat
Ustaz Abd.Karim bin Said - Muar
Ustaz Hj.Alias bin Hj.Haron - Kota Tinggi
Ustaz Halimi bin Mashuri - Kluang
Ustaz Mohd.Ikhsan bin Jaapar - Ibu Pejabat
Ustaz Mohd.Sopian bin Adam - Mersing
Ustaz Mislan bin Sieban - Batu Pahat
Ustaz Hj.Shafiee bin Md.Yunus - Pontian
Ustaz Mohd.Nizman bin Mohd.Jaafar - Johor.Bahru
Ustaz Mamat bin Ramli - Johor Bahru
Ustaz Mahazan bin Hassan - Muar
Ustaz Norizam bin Suradi - Segamat
Ustaz Mohd.Noor bin Tukiman - GPIKPM

Pemeriksa kira-kira:
Amran bin Atan - Muar
Abd.Razak bin Mohamad - Batu Pahat










SELAYANG PANDANG


PENUBUHAN KKGUMB CAWANGAN JOHOR

Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Ugama Malaysia Barat Cawangan Johor telah ditubuhkan pada satu perhimpunan guru di Sekolah Agama Simpang Renggam ,Kluang pada tahun 1973.Presiden pertama iaitu Tuan Hj.Taha bin Sidek dan Setiausaha pertama ialah Tuan Hj.Hamzah bin Hj.Tahir.Sejak kesatuan itu ditubuhkan banyak manfaat yang telah dinikmati oleh guru-guru agama kerajaan Johor.

PERJUANGAN KKGUMB CAWANGAN JOHOR.

Kejayaan paling besar selain beberapa tuntutan dan pelarasan gaji yang berjaya ditunaikan oleh kerajaan ialah kejayaan mempertahankan Sistem Sekolah Agama Kerajaan Johor melalui konsesus dan permuafakatan. Terutamanya ketika sidang Kongres Pendidikan Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Puteri Pan Pacific, Johor Bahru pada tahun 1995. Dalam sidang kongres tersebut Negeri Johor adalah satu-satunya negeri yang mempertahankan Sistem Pendidikan Dualisme seperti sekarang ini. Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Ugama Malaysia Barat Cawangan Johor pada waktu itu telah diberikan peranan besar sebagai Skretariat Jawatankuasa Induk atas persetujuan dan permintaan YAB Dato’ Muhyiddin bin Yassin, Menteri Besar Johor pada masa itu.

KOMITMEN DAN KESINAMBUNGAN

Pada hari ini kesatuan ini dibawah Presiden yang baru Saudara Samsudin bin Samudi dan Setiausaha Saudara Abd.Rashid bin Sayani serta barisan ahli jawatankuasa akan terus komited memperjuangkan kebajikan guru dengan semangat kerjasama dan permuafakatan antara pekerja dan majikan. Dengan jumlah keahlian berdaftar seramai 1602 orang iaitu jumlah terbesar berbanding negeri-negeri lain, menjadikan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Ugama Malaysia Barat Cawangan Johor terus diberikan kepercayaan dan mengungguli negeri-negeri yang lain dalam memperkasa dan memperjuangkan hak-hak-guru agama diseluruh negara.
Berkat usaha dan perjuangan yang tidak mengenal jemu dan penat lelah, beberapa kejayaan
telah dicapai oleh kesatuan ini dalam tempoh tersebut . Antara kejayaan yang telah dicapai ialah:
ooooooo
Perlaksanaan Gaji 2 Skim.
Kelonggaran Syarat SPM guru-guru SRP lantikan 1978-1984.
Kes tertangguh SPM Runcit 1978-1984.
Kes Popular Ngaliman bin Pasiman.
Pertambahan Perjawatan Guru Agama.
Elaun Khas Tidak Berpencen Guru-Guru KDPM-KDC.
Menaikkan Elaun TAJ.
Pertambahan Perjawatan Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.