INFO KKGUMBCJ
30 April 2010
LIRIK LAGU HARI GURU AGAMA JOHOR 2010
SEMPENA HARI GURU AGAMA 2010
Tajuk: Guru Agama Johor
Penerbit: KKGUMB Johor.
Seni lagu oleh: Yusazrin bin Kasiron
Lirik oleh: Yusazrin bin Kasiron/
Hj.Ahmad Dhiauddin Hj Salimin/Hj Alias Haron
Guru Agama Johor setia berdiri
Tak pernah jemu menyemai bakti
Menabur jasa mendidik putra putri
Menuju Redha Ilahi
Bahagia akhirat menuju Syurga
Berbekal Iman dan Takwa
Bertekat waja semangat membara
Gemilang dimata dunia
Chorus
Berpaksikan Al-Quran
Sunnah jadi panduan
Berpayung rimbun kedaulatan
Mulia budi pekerti
Kreatif berinovasi
Kecemerlangan budaya kami
*Ulang dua kali chorus ulang sekali
15 November 2009
Multaqa Guru-Guru Agama Negeri Johor 2009
dan
Cawangan Negeri Johor kali ke 36
Tempat : Dewan Jubli Intan Kota Tinggi
08 Oktober 2009
Ucaptama Multaqa Guru-guru Agama Kerajaan Johor Dan Perasmian Persidangan Tahunan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Ugama Malaysia Barat Cawangan Johor Oleh Y.A.B. Tan Sri Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Tarikh : 29 Oktober 2009 bersamaan 10 Zulkaedah 1430 (Khamis)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dewan Jubli Intan Kota Tinggi Johor
Aturcara
8.00 pagi - Pendaftaran peserta
9.00 pagi - Kertas Kerja 1
Hala Tuju Pendidikan Islam Masa Kini di Malaysia; Peranan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK) oleh: Hj. Abd. Rashid Bin Ngah, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia
10.30 pagi - Kudapan
11.00 pagi - Kertas Kerja II
Cabaran Guru Agama Sebagai Da’ei Dalam Menghadapi Arus Globalisasi oleh: Dr. Mohd. Ismail bin Mustari, Timbalan Pengarah, Pusat Islam, UTM, Skudai.
1.00 tgh - Makan Tengahari dan solat zohor
ATURCARA UCAPTAMA DAN PERASMIAN OLEH Y.A.B TAN SRI DATO’ HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD. YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
2.00 petang - Dhif-dhif mengambil tempat
2.30 petang - Ketibaan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia
3.00 petang - Bacaan dan terjemahan al Quran
- Lagu Bangsa Johor
- Lagu Negaraku
- Ucapan Aluan Presiden KKGUMB Cawangan Johor
- Ucapan Y.B. Dato’ Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi
Jawatankuasa Agama Negeri Johor
- Ucaptama Mulataqa’ Guru-guru Agama Kerajaan Johor
dan merasmikan Persidangan Agung Tahunan KKGUMB oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
4.00 petang - Penyampaian Cenderamata
- Minum Petang
5.00 petang - Persidangan dimulakan
22 Julai 2009
21 Jun 2009
Senarai Pegawai dan Ahli Jawatankuasa
Presiden -Ustaz Samsudin bin Samudi
Naib Presiden- Ustaz Hj.Salim bin Mohamed
Setiausaha -Ustaz Abd.Rashid bin Sayani
Penolong Setiausaha -Ustaz Faizal bin Yunus
Bendahari- Ustaz Suhaimi bin Mat.Jais
AHLI JAWATANKUASA:
Ustaz Hj.Sabudin bin Mohd.Nor - Segamat
Ustaz Abd.Karim bin Said - Muar
Ustaz Hj.Alias bin Hj.Haron - Kota Tinggi
Ustaz Halimi bin Mashuri - Kluang
Ustaz Mohd.Ikhsan bin Jaapar - Ibu Pejabat
Ustaz Mohd.Sopian bin Adam - Mersing
Ustaz Mislan bin Sieban - Batu Pahat
Ustaz Hj.Shafiee bin Md.Yunus - Pontian
Ustaz Mohd.Nizman bin Mohd.Jaafar - Johor.Bahru
Ustaz Mamat bin Ramli - Johor Bahru
Ustaz Mahazan bin Hassan - Muar
Ustaz Norizam bin Suradi - Segamat
Ustaz Mohd.Noor bin Tukiman - GPIKPM
Pemeriksa kira-kira:
Amran bin Atan - Muar
Abd.Razak bin Mohamad - Batu Pahat
SELAYANG PANDANG
PENUBUHAN KKGUMB CAWANGAN JOHOR
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Ugama Malaysia Barat Cawangan Johor telah ditubuhkan pada satu perhimpunan guru di Sekolah Agama Simpang Renggam ,Kluang pada tahun 1973.Presiden pertama iaitu Tuan Hj.Taha bin Sidek dan Setiausaha pertama ialah Tuan Hj.Hamzah bin Hj.Tahir.Sejak kesatuan itu ditubuhkan banyak manfaat yang telah dinikmati oleh guru-guru agama kerajaan Johor.
PERJUANGAN KKGUMB CAWANGAN JOHOR.
Kejayaan paling besar selain beberapa tuntutan dan pelarasan gaji yang berjaya ditunaikan oleh kerajaan ialah kejayaan mempertahankan Sistem Sekolah Agama Kerajaan Johor melalui konsesus dan permuafakatan. Terutamanya ketika sidang Kongres Pendidikan Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Puteri Pan Pacific, Johor Bahru pada tahun 1995. Dalam sidang kongres tersebut Negeri Johor adalah satu-satunya negeri yang mempertahankan Sistem Pendidikan Dualisme seperti sekarang ini. Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Ugama Malaysia Barat Cawangan Johor pada waktu itu telah diberikan peranan besar sebagai Skretariat Jawatankuasa Induk atas persetujuan dan permintaan YAB Dato’ Muhyiddin bin Yassin, Menteri Besar Johor pada masa itu.
KOMITMEN DAN KESINAMBUNGAN
Pada hari ini kesatuan ini dibawah Presiden yang baru Saudara Samsudin bin Samudi dan Setiausaha Saudara Abd.Rashid bin Sayani serta barisan ahli jawatankuasa akan terus komited memperjuangkan kebajikan guru dengan semangat kerjasama dan permuafakatan antara pekerja dan majikan. Dengan jumlah keahlian berdaftar seramai 1602 orang iaitu jumlah terbesar berbanding negeri-negeri lain, menjadikan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Ugama Malaysia Barat Cawangan Johor terus diberikan kepercayaan dan mengungguli negeri-negeri yang lain dalam memperkasa dan memperjuangkan hak-hak-guru agama diseluruh negara.
Berkat usaha dan perjuangan yang tidak mengenal jemu dan penat lelah, beberapa kejayaan
telah dicapai oleh kesatuan ini dalam tempoh tersebut . Antara kejayaan yang telah dicapai ialah:
ooooooo
Perlaksanaan Gaji 2 Skim.
Kelonggaran Syarat SPM guru-guru SRP lantikan 1978-1984.
Kes tertangguh SPM Runcit 1978-1984.
Kes Popular Ngaliman bin Pasiman.
Pertambahan Perjawatan Guru Agama.
Elaun Khas Tidak Berpencen Guru-Guru KDPM-KDC.
Menaikkan Elaun TAJ.
Pertambahan Perjawatan Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.